Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Kejurulatihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejurulatihan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2019

Etika Kejurulatihan




Jurulatih sukan merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan manakala kejurulatihan sukan merupakan proses yang terancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya.

Etika kejurulatihan mestilah dititikberatkan oleh setiap jurulatiha dalam sukan yang diceburi. Antara etika kejurulatihan ialah berkelayakan, berkelakuan baik, berdisiplin, bekerjasama, bersikap positif, mengikuti perkembangan sukan, berusaha memajukan diri, dan berminat dalam sukan yang diceburi.

  • Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah diakui oleh pihak tertentu sebelum menjadi seseorang jurulatih. Seperti yang telah ditetapkan, untuk menjadi seseorang jurulatih beliau perlulah mempunyai kelulusan yang telah ditetapkan iaitu salah satunnya mempunyai 2 sijil sains sukan yang diiktiraf dan mempunyai tahap 2 sijil kejurulatihan. Ini bagi mengelakkan atlet di bawah seliaan kita mamandang rendah keupayaan kita.
  • Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku seperti percakapan,sikap dan sebagainya.Selain itu jurulatih juga perlu mempunyai kawalan diri yang baik iaitu berkelakuan yang boleh diterima umum iaitu seperti tidak bertindak secara liar ketika meraikan kemenangan dan ketika meratapi kekalahan.
  • Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Hal ini juga dapat mendidik para pelatih untuk bersikap disiplin dalam menjalani latihan.
  • Jurulatih juga seharusnya bersikap positif dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, seorang jurulatih perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi iaitu sanggup untuk menerima kekalahan dengan baik dan tidak menimbulkan masalah semasa menghadapi kekalahan. Pada masa yang sama jurulatih perlu sentiasa berfikiran positif dan seharusnya memikirkan adanya peluang kemenangan dan tidak terus berputus asa dalam mendidik para pelatihnya.
  • Jurulatih juga sewajarnya bekerjasama dengan semua pihak sama ada ibu bapa, pegawai atasan mahupun jurulatih yang lain. Jurulatih tidak boleh mengabaikan apa yang diperkatakan oleh pihak-pihak ini dan tidak seharusnya pentingkan diri sendiri. Jurulatih perlu ingat bahawa kerjasama yang baik dapat, meningkatkan potensi kesukanan.  
  • Jurulatih juga hendaklah mengikuti perkembangan sukan dalam negara mahupun luar negara.Hal ini kerana jurulatih yang berjaya perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tiggi agar dapat mempertingkatkan potensi anak didik mereka. Melalui mengikuti perkembangan sukan di negara mahupun diluar negara, pengadil dapat belajar serba sedikit teknik yang digunakan oleh jurulatih professional yang lain dalam memantapkan pasukan mereka. Hal sedemikian dapat dicontohi dan dipratikkan kepada pelatih negara sendiri.
  • Jurulatih haruslah berminat dalam bidang sukan yang diceburi. Bagaimana sesuatu pasukan boleh berjaya jika jurulatih pasukan itu sendiri seperti hangat-hangat tahi ayam dalam mendidik mereka? Oleh itu , jurulatih itu sendiri perlu berminat dalam sukan itu sebelum mengajar pelatih yang lain. Sesuatu perkara susah dicapai jikalau kita tidak mempunyai minat dalam perkara tersebut.
  • Jurulatih perlu sentiasa memajukan diri sendiri dan juga para pelatihnya.Jurulatih seharusnya membawa para pelatihnya untuk lebih kehadapan dalam bersukan. Hal ini akan membuatkan semangat pelatih lebih membara untuk sentiasa maju kehadapan bersama pasukan mereka yang dibimbing oleh jurulatih yang sentiasa tidak berputus asa dalam memajukan diri dan pelatihnya. Konsep menang hendaklah dipegang kuat oleh setiap jurulatih.

Jurulatih yang berjaya adalah seorang yang bermotivasi.Motivasi merupakan dorongan ke arah perlakuan yang mecapai minat dan sasaran. Jurulatih yang berjaya biasanya bermotivasi tinggi dalam merancang dan melaksanakan latihan tanpa tanpa mengenal jemu.Dorongan dari dalam diri menyebabkan dia tidak megaku kalah, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam tindakannya disepnjang kariernya sebagai seorang pelatih.

Komited seseorang jurulatih adalah satu keperluan penting bagi mencapai kejayaan dalam meningkatkan prestasi, Komitmen boleh dinilai melalui kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan usaha dan tanggungjawab tanpa banyak arahan dan suruhan dari pihak atasan. Jurulatih yang mempunyai tabiat baik ini merasakan dirinya bersalah jika atlet atau pemain gagal atau kalah. Dia tidak akan membiarkan pemainnya bertanding tanpa persediaan dan latihan yang mantap. Dia berasa bersalah kalau pemain gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan. Begitulah sifat jurulatih yang komited dan berpotensi membawa kejayaan. 

Jurulatih sewajarnya boleh menggalakkan keharmonian dan mengeratkan perpaduan sepanjang kariernya.Keharmonian dan perpaduan ini boleh dicapai jika jurulatih tidak mempunyai sikap pilih kasih terhadap pemainnya. Jurulatih hendaklah melayan semua pelatihnya dengan sama rata tanpa ada diskriminasi sama sekalipun. Jika keharmonian dan perpaduan ini dapat dicapai, sudah pasti setiap pasukan itu mempunyai hubungan silaturrahim yang kukuh. Hal ini sangat penting dalam setiap pasukan agar dapat meningkatkan kekuatan pasukan tanpa sebarang kesulitan dalan berinteraksi.

Boleh menyesuaikan diri dengan perubahan adalah penting bagi setiap jurulatih. Adaptabiliti atau kebolehan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah merupakan satu keperluan bagi seorang jurulatih. Banyak aspek dalam kejurulatihan sentiasa berubah-ubah dan memerlukan jurulatih yang menyesuaikan tindak-tanduknya mengikut rentak perubahan untuk memastikan keberkesanan latihan dan pengurusan. Dalam bidang kejurulatihan, kita akan menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan atlet, pentadbiran, latihan kewangan, dan kemudahan. Biasanya amat sukar untuk memenuhi semua kehendak semua pihak. Ada sahaja kekurangan dan ada sahaja masalah. Oleh itu, keupayaan menyesuaikan diri dengan segala masalah dan juga perubahan sangat penting bagi seseorang jurulatih untuk meneruskan usahanya memajukan atlet dan pasukannya.

Etika yang mesti ada pada seorang jurulatih ialah mempunyai kestabilan emosi yang baik.Jurulatih seharusnya menunjukkan sikap bertoleransi dan penyabar. Dia sepatutnya bertindak secara rasional, bukan emosional. Dengan bertindak demikian, dia boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Untuk itu, dia semestinya mempunyai kestabilan emosi. Jurulatih tidak mudah melatah apalagi melenting. Ketekalan tindakan dan keputusan yang dibuat banyak bergantung kepada kestabilan emosinya. Etika yang dimiliki ini akan dihormati dan disegani oleh semua pihak iaitu atlet, pengurus, pentadbir lawan, ibu bapa dan sebagainya.

Kesimpulannya, etika kejurulatihan hendaklah dititikberatkan oleh semua jurulatih negara. Hal ini kerana, jurulatih yang mempunyai etika kejurulatihan yang baik dapat memantapkan potensi pasukannya yang boleh membawa ke arah kejayaan.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin/guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalamkehidupan seorang atlet.

Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.

Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggiserta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih yang disediakan hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.

Kod etika ini termasuklah seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya. Mengenalpasti keperluan setiap orang individu. Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuatpenilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan. Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapatmotivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

Setiap jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di bawah: 

Sebagai seorang jurulatih ......

Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak akanberkelakuan negatif yang mana ia akan memberi kesan terhadap tanggapanmasyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya. 

Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis kepadaorang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesion kejurulatihan. 

Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika melatih.Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain serta tidakmenganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri. 

Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan danmendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan kesetiaan. 

Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-persatuan sukan yang saya ceburi. 

Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta melatih mereka secara adil dan sama rata. 

Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta menghargai nilai sukan. 

Saya tidak akan melakukan penderaan fizikal dan psikologikal , tidak menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain. 

Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancarandan kecemerlangan sukan. 

Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan kepadakepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran. 

Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salahlaku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atauseseorang yang rapat dengan mereka. 

Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi ikutan kepada atlet. 

Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Inikan memberi impak yang negatif tentang peranan saya sebagai “role-model”.

Saya akan membimbing atlet dan menerima tanggungjawab ke atas perlakuan dan prestasi mereka. 

Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan pengetahuanberkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi. 

Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih, pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet. 

Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan suasana sukan secarafizikal dan mental yang selamat. 

Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan     melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan prestasi. 

Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin dari Majlis Sukan Negara. 

Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam semua lapangan sukan 

Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya  juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya masyarakat majmuk negara ini. 

Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.

Peranan dan tanggungjawab jurulatih


Apabila bercakap mengenai jurulatih dan tanggungjawabnya, pandangan ramai kebiasaannya akan tertumpu pada sesi-sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih berkenaan. Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian lebih mendalam akan memberikan gambaran yang lebih besar dan menyeluruh tentang perkara ini.

Berikut adalah antara gambar jurulatih-jurulatih kebangsaan negara dalam pelbagai sukan:
Terdapat perbezaan antara peranan dan tanggungjawab. Peranan jurulatih bermakna tugasnya secara umum sama ada dalam konteks sesebuah organisasi atau secara bersendirian. Manakala tanggungjawab pula memperkatakan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh seseorang jurulatih. 

Peranan jurulatih
Dr Nanette Miner, seorang pengarang dan perunding yang terkenal dalam bidang pembelajaran di tempat kerja berpendapat, peranan jurulatih terbahagi kepada dua bahagian iaitu peranan global dan peranan berkaitan tugasan. . Peranan global kebiasaannya sukar untuk dikenal pasti kerana ia tidak bersifat spesifik, walaupun realitinya seseorang jurulatih itu menghabiskan separuh daripada masanya memainkan peranan global ini. Antara peranan global itu ialah:

1. Konsultan
Dalam sesebuah organisasi, jurulatih bukanlah jawatan utama. Bagaimanapun, seseorang jurulatih perlu melakukan analisis prestasi organisasi untuk mengetahui keperluan latihan semasa, dalam rangkanya menyediakan pelan latihan organisasi berkenaan. Analisis yang dilakukannya itu lebih luas manfaatnya jika melepasi sempadan kepentingan latihan dan pembangunan, malah boleh mengeluarkan cadangan-cadangan penyelesaian yang bersifat bukan latihan, seperti pengambilan tenaga kerja tambahan dan sebagainya. Di sinilah sebenarnya seseorang jurulatih itu memainkan peranan konsultan, yang akan melihat dan menganalisis situasi organisasi dari pelbagai sudut, serta mencari jalan terbaik untuk memperbaiki pencapaian. Seseorang jurulatih yang mengambil perspektif konsultan dalam menilai prestasi organisasi akan memberikannya kelebihan dalam membuat cadangan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh organisasi.

2. Pengurus
Walaupun jawatannya tidak dinamakan sebagai pengurus, seseorang jurulatih tetap berperanan sebagai pengurus kerana definisi global yang menamakan pengurus sebagai “person who leads or directs all or part of an organisation, through the deployment and manipulation of resources (human, financial, material, intelectual or intangible)”. Kerja-kerja mengurus dan menyelaras individu, kemudahan, bahan-bahan terbitan, membuat jadual kerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, semuanya adalah kerja mengurus yang dilakukan oleh seseorang jurulatih.

3. Pembimbing Cara
Antara cara terbaik untuk membangunkan sumber manusia ialah melalui cara bimbingan di tempat kerja. Seseorang jurulatih bertindak sebagai pembimbing yang membantu individu-individu dalam organisasi untuk mengenal pasti sasaran dan objektif yang perlu mereka capai, membantu mereka mencari jalan membaiki kemahiran teknik, memberikan sokongan dan galakan berterusan.

4. Pakar Pembangunan Prestasi
Peranan ini menggabungkan antara tiga peranan di atas. Seperti konsultan, pakar pembangunan prestasi seharusnya mempunyai gambaran menyeluruh tentang organisasi untuk mengenal pasti punca-punca kelemahan dan mencadangkan jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang ada. Ia tidak hanya melihat sudut latihan sebagai pendekatan penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama ia mampu mencadangkan latihan, jika perlu, untuk meningkatkan lagi prestasi pekerja.

5. Pakar Teknologi
Ia tidak bermaksud mempunyai kepakaran mengendalikan semua jenis peralatan teknologi canggih masa kini. Sebaliknya seseorang jurulatih harus tahu menilai kaedah penyampaian berasaskan teknologi yang sesuai untuk sesuatu situasi. Dalam masa yang sama, ia seharusnya mampu menilai kemampuan teknologi sesebuah organisasi, sama ada dari sudut kemampuan individu atau peralatan yang dimiliki. Peranan ini memudahkan seseorang jurulatih untuk membantu organisasi dengan lebih berkesan.

6. Pendidik
Peranan seorang jurulatih juga tidak ubah seperti peranan seorang guru atau pendidik. Jurulatih berperanan besar dalam mengajar anak-anak buahnya mengembangkan bakat yang mereka memiliki sekaligus menguasai sesuatu sukan itu dengan sebaiknya. Teknik latihan, strategi permainan, cara pemakanan adalah antara didikan yang sering para jurulatih turunkan kepada anak-anak buahnya. Peranan jurulatih sebagai pendidik memainkan peranan yang amat penting dalam karier sukan seseorang atlet.

Selain daripada peranan global ini, terdapat beberapa peranan yang bersifat spesifik, berdasarkan tanggungjawab yang biasa dijalankan oleh seseorang jurulatih berkaitan sesuatu latihan yang diadakan. Peranan-peranan ini mudah dilihat dan dikenal pasti, yang biasanya dijadikan jawapan apabila ditanya : “Apakah peranan jurulatih?”.

7. Pereka Latihan
Reka bentuk latihan semestinya menepati kesesuaian sesebuah organisasi dan keperluan yang bersifat relatif. Di sinilah letaknya peranan jurulatih untuk membuat analisis dan menyediakan reka bentuk latihan yang dapat membantu secara langsung memajukan prestasi organisasi.

8. Pembangun Latihan
Pembangun latihan menyediakan prasarana untuk sesuatu latihan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Pra sarana itu seperti nota peserta, panduan kepada penyampai, bahan-bahan penyampaian yang berbentuk audio visual dan sebagainya.

9. Penyampai
Kebiasaannya jurulatih akan menyampaikan latihan dan ceramah. Ia menuntut kemahiran pengucapan awam, mengendalikan sesi latihan dalam kumpulan, teknik-teknik soal jawab dan perbincangan.

10. Pemasar
Secara umumnya, tujuan latihan ialah untuk melakukan perubahan. Kebanyakan manusia tidak suka kepada perubahan. Di sinilah perlunya seseorang jurulatih mempunyai kemahiran untuk menjual idea dan memasarkan kepentingan latihan dan pembangunan kepada kumpulan sasaran, sama ada pihak pengurusan mahu pun para pekerja.

11. Pengurus Kemudahan Latihan
Tanggungjawab ini biasa diberikan kepada jurulatih kerana kemudahan bilik seminar atau bengkel perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan sedia digunakan, dengan segala peralatannya seperti pen marker, papan putih, pemadam, flip chart dan sebagainya.

12. Penilai
Oleh kerana sesebuah organisasi akan membelanjakan wang dan masa untuk memenuhi keperluan latihan, maka persoalan mengenai nilai pulangan yang diberikan oleh latihan tersebut perlu dijawab dengan mantap. Selepas sesuatu latihan, jurulatih perlu melakukan penilaian menyeluruh bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak atasan atau pelanggan. Kemahiran menilai ini amat perlu agar jurulatih dapat mengemukakan hujah dan bukti nyata akan nilai pulangan sesuatu latihan itu.


Tanggungjawab Jurulatih
Jurulatih memikul tanggungjawab yang besar dalam sesebuah organisasi sukan. Mereka berusaha untuk memastikan para atlet dapat memaksimumkan segala bakat yang mereka miliki sekaligus mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Antara tanggungjawab jurulatih ialah seperti berikut:  

1. Menyediakan program latihan
Latihan yang berkualiti dan efektif amatlah penting bagi seseorang atlet untuk memperbaiki mutu permainannya. Oleh itu, adalah  menjadi tanggungjawab jurulatih untuk mencari, memilih dan memperkenalkan teknik latihan yang terbaik kepada para atlet agar mereka dapat beraksi dengan cemerlang dalam mana-mana pertandingan.

2. Memilih pemain
Dalam sesebuah kelompok atlet, tidak semua mereka akan dihantar untuk bermain atau bertanding dalam sesuatu acara. Oleh itu, jurulatih bertanggungjawab untuk memilih pemain yang berpotensi untuk dihantar mewakili pasukan dalam sesebuah acara. Jurulatih bertanggungjawab untuk memastikan pemain yang dipilih tersebut berpotensi besar untuk menyerlah dan menumpaskan pihak lawan. Dalam sesebuah sukan yang berpasukan, seperti bola sepak, bola jaring atau hoki misalnya jurulatih hendaklah memilih pemain-pemain yang mempunyai semangat kerjasama dan keserasian yang tinggi agar mereka dapat beraksi dengan cemerlang. 

3. Mencari bakat baru
Jurulatih bukan sahaja bertanggungjawab menyelia para atlet yang sedia ada bahkan mereka juga perlu untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan kendalian mereka. Ini bagi memastikan sukan tersebut mempunyai pelapis dalam kalangan generasi muda agar Negara kita tidak kekurangan atlet dalam sukan-sukan tertentu. Jurulatih bertanggungjawab melaksanakan projek-projek sukan yang membuka peluang kepada orang ramai bagi mencungkil bakat yang ada pada generasi cilik kita.

4. Merangka program pembangunan sukan
Jurulatih-jurulatih di negara kita menggalas tanggungjawab besar dalam proses pembangunan industri sukan tanah air. Perancangan di peringkat akar umbi amat penting demi masa depan sukan negara agar dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet bertaraf dunia pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, para jurulatih di negara kita bertanggungjawab merangka dan mengatur strategi program untuk membangunkan sukan negara seterusnya menyelia keberkesanan program-program tersebut. 

Kejurulatihan



Apa itu kejurulatihan?
  1. Process yang terancang untuk membantu seorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan mencapai matlamatnya
  2. Jurulatih mewujudkan keadaan yang sesuai untuk merangsang pembelajaran dan motivasi atlet
  3. Kejurulatihan sukan melibatkan 4 aspek iaitu :
  4. Fizikal, Teknik, Taktikal dan Psikologikal
  5. Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran :
  6. Merancang , mengurus , melatih , menilai , berkomunikasi , membuat keputusan dan sebagainya

Kepentingan jurulatih yang berpengetahuan
  1. Latihan yang berlandaskan prinsip – Prinsip Latihan
  2. Aplikasi ilmu sains sukan
  3. Penguasaan Teknik yang betul
  4. Menjauhi kejadian kecederaan
  5. Latihan yang terancang untuk memuncak pada masa yang sesuai
  6. Mengelakkan kejadian kesan-kesan negatif
  7. Mengekalkan motivasi untuk latihan yang lebih mencabarkan

Jenis-jenis gaya seorang jurulatih 
  1. Autokratik (memerintah)
  2. Laissez-faire (lebih bebas)
  3. Demokratik (perbincangan)
  4. Behavioristik

1. Gaya Kejurulatihan Autokratik

Berdasarkan rujukan dan kefahaman saya autokrasi adalah satu cara mengurus atau memerintah atau mentadbir dengan kuasa mutlak kepada seseorang. Dalam hal organisasi sekolah cara urus tadbir seseorang Pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan cara autokrasi adalah seorang pentadbir yang mengurus sekolah tanpa menerima pandangan sesiapa. Apa sahaja yang diarahkan semua guru dan staf mesti akur, jika tidak tindakan disiplin akan diambil oleh beliau. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah kadang-kadang seorang pentadbir harus juga menggunakan kuasa mutlak atau autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya kumpulan yang merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan walhal perubahan yang dibawa membawa kebaikan.

2. Gaya Kejurulatihan Laissez-faire

Laissez-faire secara amnya difahami sebagai satu mengurus atau mentadbir yang menjamin kebebasan kepada individu. Dipandang dari satu sudut cara ini memberi ruang untuk individu lebih kritis dan kreatif. Dalam pengurusan di sekolah cara ini boleh diamalkan tetap tidak kepada semua guru dan staf, kerana dikhuatiri ada yang akan mengambil kesempatan ke atas kebebasan yang diberikan. Kebebasan yang diberikan bukan bermakna untuk mereka bertindak sewenangnya hingga membawa keburukan kepada organisasi Cara ini mungkin boleh ditadbir urus oleh pengetua atau guru besar kepada key personel tertentu seperti Guru Penolong Kanan atau Ketua Panitia. Kebebasan diberikan kepada mereka yang faham akan tugas sebenar mereka dalam ertikata lain penurunan kuasa supaya mereka lebih bebas dan dengan sendirinya lebih kreatif Kesimpulan dalam mengurus tadbir organisasi sekolah, ketiga-tiga gaya kepimpinan harus digunakan oleh Pengetua atau Guru Besar berdasar situasi dan masa yang bersesuaian. Setiap satu gaya kepimpinan ini ada kebaikan dan keburukannya dan ia sebenarnya terpulang kepada individu bagaimana hendak mentadbir urus berdasarkan situasi, guru-staf dan masa. 

3. Gaya Kejurulatihan Demokratik

Demokrasi pula pada pemahaman saya adalah satu bentuk pemerintahan yang mengamalkan cara mengurus secara demokratik, dimana setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti, jika dalam hal negara ditentukan rakyat jelata. Bertepatan dengan asal perkataan ini ( Yunani ) yang bermaksud rakyat dan memerintah atau lebih tepat lagi Diperintah oleh rakyat. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah saya banyak mengamalkan cara ini, agar guru-guru dan staf merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini diharapkan mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan diambil berdasrkan keputusan mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak diambil kira.

4. Gaya Kejurulatihan Behavioristik

Menurut teori behavioristik, adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon.  Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi stimulus dan respon.  Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika ia dapat menunjukkan perubahantingkah laku.  Sebagai contoh, anak belum dapat berhitung perkalian.  Walaupun ia sudah berusaha giat, dan gurunya sudah mengajarkannya dengan tekun, namun jika anak tersebut belum dapat mempraktekkan perhitungan perkalian, maka ia belum dianggap belajar.  Karena ia belum dapat menunjukan perubahan perilaku sebagai hasil belajar. 
  
Gaya Kepimpinan Jurulatih

Jurulatih adalah orang yang menjalankan tugas melatih, mrngajar dan membimbing, Jurulatih sukan merupakan individu yang bertanggungjawab melatih altlet dan pasukan sukan supaya prestasi meningkat dan berpeluang untuk menang apabila bertanding. Jurulatih mempunyai peranan dan pengaruh yang kuat terhadap pemain atau altlet, perancangan dan pelaksanaan latihannya mempengaruhi prestasi pemain.

Untuk menjadikan seseorang jurulatih berjaya menyampaikan segala teknik dan taktik permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:
  • Mengenali diri sendiri tentang 
  • Kekuatan dan kelemahan diri
  • Kejayaan yang diperolehi
  • Kekecewaan yang dialami
  • Ilmu pengetahuan dan pengalaman
  • Mengenali atlet sendiri 
  • Mengenalpasti bakat dan mengasah bakat
  • Membataskan hubungan jurutatih-atlet
  • Sedar dari segi pencapaian, komitmen, objektif, kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga,  pemakanan, kesihatan dan masalah diri. 
  • Pengetahuan tentang sukan yang diceburi 
  • Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik, tektik dan strategi sukan yang diceburi.

Sifat-sifat jurulatih yang baik 
  • Berpersonaliti
  • Stabil emosi
  • Tegas & berani
  • Yakin diri
  • Berobjektif
  • Demokratik
  • Berfikiran terbuka dan jujur
  • Fleksibel
  • Futuristik
  • Rasional
  • Kreatif
  • Boleh menyesuaikan diri
  • Berfalsafah
  • Komited 

Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang :
  • teknik dan taktik permainan
  • pembinaan program latihan
  • kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai permainan
  • struktur dan organ badan (anatomi)
  • fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)
  • kesan pemakanan terhadap attet
  • pencegahan dan rawatan kecederaan
  • proses dan reaksi pembelajaran motor
  • psikologi kemanusiaan dan sosial


Kemahiran Asas Kejurulatihan



Kemahiran Komunikasi
  • Definisi Kemahiran Komunikasi
  1. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
  2. Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.
  3. Penguasaan yang baik dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.
  4. Memiliki kemampuan berkomunikasi adalah keterampilan terpenting dalam kehidupan sosial kita. Walaupun  kita telah merasa sebagai komunikator yang baik, selalu ada kesempatan dan peluang untuk memperkaya keterampilan berkomunikasi. Apalagi di era globalisasi seperti sekarang ini. Setiap individu yang merupakan komunikator yang baik tentu sangat mudah untuk mengembangkan empati dan kepercayaan dengan orang lain. Mereka mengadaptasi gaya komunikasi mereka agar sesuai dengan khalayak dan situasi dimana ia berada.
  5. Komunikasi adalah proses dua arah yang sangat komples. Proses komunikasi efektif melibatkan berbagai unsur komunikasi atau elemen-elemen komunikasi atau komonen-komponen komunikasi dan melalui tahap-tahao komunikasi sebelum kesamaan pemahaman dicapai. Selain itu, hambatan-hambatan komunikasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi juga berperan besar dan efektivitas komunikasi.
  6. Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah permindahanmaklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah, iaitu:
  • Pengirim membentuk idea
  • Pengirim merekodkan idea tersebut dalam satu mesej
  • Mesej akan melalui saluran komunikasi
  • Penerima merekodkan mesej tersebut
  • Maklum balas dihantar kepada pengirim 
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
  1. Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu. Pemahaman dan pengetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang dating daripada latar belakang budaya yang berbeza.
  2. Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya mengetahui latar belakang ahli-ahli beliau dan masalah yang dihadapi oleh mereka untuk membantu mereka dan tak kenal maka tak cinta, sekiranya jurulatih lebih dekat dengan ahli beliau, ahli-ahli pun ingin membalas jurulatih dengan perbuatan atau pretasi yang terbaik.Sebagai contoh, seorang ahli yang tidak berupaya membayar yuran seharusnya mendapat bantuan atau permahaman dari pihak atasan serta jurulatih supaya tidak melepaskan generasi-generasi yang berbakat. 
Cara-cara Berkomunikasi
  1. Memberikan perhatian penuh kepada lawan bicara - Jika pendengar kita merupakan salah satu skala prioritas, maka ada baiknya kita berusaha untuk meluangkan waktu untuk berbicara. Kita beri perhatian penuh terhadap lawan bicara. Sedapat mungkin kita menghindari perhatian kita terpecah kerana kita memikirkan hal lain.
  2. Mengakui pikiran, gagasan, atau perasaan orang lain terlebih dahulu - Maksudnya adalah perlihatkan kesiapan kita untuk mendengarkan dengan menyedari dan mendengar pikiran, gagasan, dan persaan orang lain. Pemberian komentar mengindikasikan bahawa kita menyadari validitas perasaan orang lain.
  3. Berbicaralah dengan cara yang dapat diterima oleh orang lain - Ketika kita berhdapan dengan orang yang baru kita kenal, maka jiat harus berbicara dengan menggunakan kata-kata, nada suara, dan infleksi yang tepat. Jika kita melihat rekreasi yang tidak sesuai, maka kita perlu mengidentifikasi sumber kesalahpahaman dan menyatakan kembali pesan yang ingin kita sampaikan dengan cara yang dapat diterima oleh orang yang bersangkutan.
  4. Berbicara dengan pelan - Ketika kita berinteraksi dengan orang lain, maka kita harus berbicara dengan pelan, tidak perlu keras-keras, dan tidak terburu-buru. Hal ini agar orang lain mengerti dan memahami apa yang menjadi maksud dan tujuan kita berkomunikasi.
  5. Mengutarakan apa yang kita maksudkan dalam kata-kata yang berbeda - Sebuah komponen terpenting dan terkuat dari mendengarkan secara aktif adalah refleksi atau dikenal sebagai parafrase. Parafrase membiarkan orang lain mengetahui bahawa kita beruasaha untuk mengerti atau memahami. Cara melakukan parafrase adalah dengan mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain dengan menggunakan kata-kata sendiri tanpa memberikan penambahan apapun.
  6. Memberikan pertanyaan terbuka - Pertanyaan dapat diberikan ketika kita memerlukan pertolongan saat merasa tidak mengerti dengan apa yang dibicarakan. Kita dapat melakukannya melalui uji penafsiran tentang apa yang dikatakan oleh orang lain. Caranya adalah dengan memberikan pertanyaan terbuka yang relevan dan biasanya dimulai dengan “apa”, “bagaimana”, “tolong jelaskan”, atau “gambarkan”.
 Jenis-jenis Komunikasi
  • Komunikasi dapat terjadi secara verbal maupun nonverbal seperti kata-kata, symbol-simbol, gambar-gambar, grafik, suara, nada suara, ekspresi wajah, pakaian, dan bahasa tubuh. Sebahagian besar komunikasi adalah kombinasi dari komunikasi verbal dan komunikasi nonverbal. Kita juga harus memahami berbagai komunikasi verbal dan nonverbal kerana dapat membantu kita menggunakan komunikasi verbal dan nonverbal secara efektif agar kita dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan baik dan mencapai keluaran terbaik dari berbagai situasi.
Komunikasi Lisan
  • Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Berbahasa yang baik dan efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik. Komunikasi ini berlaku apabila terdapat dua komunikator duduk secara bersemuka. Sebagai contoh, temuduga, mesyuarat, perbualan melalui telephone. Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek, iaitu:
  1. Perbendaharaan Kata
  2. Kelajuan
  3. Intonansi
  4. Humor
  5. Singkat dan Jelas
Komunikasi Bukan Lisan
  • Komunikasi Bukan Verbal - Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering beraku secara serentak. Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu peggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal. Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:
  1. Ekspresi wajah: Menyebabakan komunikasi berkesan atau sebaliknya.
  2. Pandangan mata: Melakukan pendangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
  3. Sentuhan: Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanay sentuhan.
  4. Gaya tubuan dan gaya berjalan: Kedua-dua gaya ini mencerminakan emosi, konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.
  5. Isyarat: Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara, sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.
  • Komunikasi Bertulis - Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.  Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:
  1. Fakta
  2. Gaya
  3. Laras
  4. Pengolahan
  5. Bahasa
  6. Surat Rasmi
  7. Memo
  8. Emel
Kemahiran Teknikal
  1. Kemahiran teknikal adalah keupayaan untuk menggunakan kepakaran atau pengetahuan yang dimiliki seperti keupyaan untuk menggunakan pengetahuan yang spesifik, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang seperti kejuruteraan, kewangan, perakaunan dan pemasaran. Kemahiran ini amat diperlukan oleh jutulatih barisan pertama kerana mereka perlu menyelesaikan masalah harian berkaitan dengan aktiviti atau latihan yang dilakukan.
  2. Lazimnya, kemahiran teknikal yang dimiliki diperolehi daripada pendidikan formal yang kemudiannya dikembangkan melalui latihan yang sesuai dan pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti atau latihan yang dilakukan. Contohnya, jurutera, doktor, pereka fesyen, dan jurulatih mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-masing.
  3. Kebolehan dalam menggunakan alat peralatan, peraturan, prosedur dan teknik dalam sesuatu kerja yang dapat membantu jurulatih dalam memahami cara melakukan sesuatu kerja. Kemahiran ini perlu ada pada jurulatih bawahan.
  • Fizikal
  1. Dapat menjelaskan cara yang lebih efektif untuk menjayakan sesuatu kerja
  2. Dapat menjadi contoh kepada ahli-ahli
  3. Mempunyai stamina yang mencukupi untuk mengajar ahli-ahli
  4. Mempunyai kebolehan yang lebih tinggi untuk berlatih ahli-ahli
  5. Gigih berlatih untuk menjadi contoh ahli-ahli
  6. Mempunyai prestasi yang cemerlang supaya dihormati oleh ahli-ahli
  7. Boleh bertindak dengan berkesan 
  • Teknikal
  1. Pandai menggunakan peralatan yang akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
  2. Mempunyai ilmu yang luas untuk menjelaskan cara-cara untuk menggunakan peralatan dalam aktivti yang akan dilaksanakan.
  3. Ahli-ahli dapat belajar cara yang betul untuk menggunakan peralatan
  4. Dapat mengelakkan kemalangan yang akan menyebabkan kecederaan
  • Taktikal
  1. Mempunyai pandangan, cadangan, kaedah yang unik
  2. Memudahkan ahli-ahli untuk memahami aktiviti yang dijalankan
  3. Menarik perhatian ahli-ahli untuk melaksanakan aktiviti tertentu
  4. Kaedah- kaedah yang diberi seharusnya senang difahami dan tidak bosan
  5. Mempunyai pandangan yang berfungsi dan penting terhadap ahli-ahli tertentu
  6. Memberi cadangan yang berkesan untuk ahli-ahli meningkatkan prestasi mereka dalam sebarang pertandingan atau pertunjukan
  7. Mengetahui prosedur kerja
  8. Memahami keseluruhan kerja
  9. Mahir melaksanakan tugasan
  10. Memanfaatkan perkembangan teknologi
  • Psikologikal
  1. Tidak mudah berputus asa
  2. Memberi cadangan sewaktu ahli-ahli gagal
  3. Sabar sewaktu memberi ganjaran terhadap ahli-ahli yang degil
  4. Tidak marah sekiranya ahli-ahli tidak mempunyai prestasi yang memuaskan
  5. Memberi kebimbingan kepada ahli-ahli supaya tidak berputus asa semasa gagal atau tewas
  6. Tidak menyebarkan perasaan yang negatif kepada ahli-ahli
  7. Tidak marah ahli-ahli sewaktu tidak gembira disebabkan perkara peribadi\
  8. Pandai menjaga emosi sendiri
  9. Pandai memerhati keadaan ahli-ahli supaya mereka tidak berasa stres waktu berlatih
Kemahiran Koseptual
  1. Kemahiran konseptual adalah berkaitan dengan kemampuan untuk menyelaras dan mengintegrasikan kesemua aktiviti organisasi. Dengan kata lain, ia melibatkan keupayaan untuk melihat organisasi sebagai satu set yang menyeluruh untuk memahami hubung kait di antara bahagian-bahagian di dalam organisasi dan mematahui sama ada organisasi dapat menyesuaikan diri dalam konteks yang lebih besar iaitu dalam konteks industri, masyarakat, dan dunia keseluruhannya serta mempunyai keupayaan untuk menjangka begaimanakah perubahan dalam mana-mana bahagian akan memberi kesan kepada keseluruhan organisasi.
  2. Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk menganalisis, menjangka, mengenal pasti masalah, memulihkan keadaan dan membuat keputusan dalam usaha untuk mempertingkatkan pencapaian organisasi.Kemahiran ini juga membolehkan jurulatih melihat keseluruhan gambaran organisasi dan bagaimana setiap bahagian diadun sebagai satu unik yang bersepadu dalam menyumbang ke arah pencapaian objektif sebagai menyumbang organisasi keselurhannya.
  3. Kemahiran konseptual ditambah dengan kemahiran teknikal dan kemahiran antara perorangan adalah perkara yang penting dalam memastikan prestasi kekal cemerlang. Kebolehan untuk memikirkan sesuatu masalah secara konseptual adalah banyak bergantung kepada keupayaan seseorang jurulatih untuk mendiagnosis situasi tertentu. Kebolehan memahami serta mentafsir konsep-konsep dan istilah-istilah dalam pengurusan organisasi, tugas utama perkhidmatan yang diberi, persekitaran serta perubahan yang sentiasa berlaku.

Jumaat, 28 April 2017

Throws Training


The objective of this page is to provide some suggested programs for young or inexperienced athletes developing their technique and knowledge of the shot, discus, hammer and javelin events.

Before You Start

Prior to starting any training, it is recommended you have a medical examination to ensure it is safe for you to do so. Any application of this training program is at the athlete's own discretion and risk.

Overview

The seasons training program is based on the six phases detailed on my Planning page where each phase comprises of a repeated four week plan. The workload in the first three weeks of the plan should increase each week (easy, medium, hard) and the 4th week comprise of active recovery and tests to monitor training progress. The aim of the 4 week cycle is to build the athlete up to a level of fitness (3 weeks), allow a recovery (1 week), build you up to higher level of fitness, allow a recovery and so on. Remember a plan is athlete specific and the results of the tests in the 4th week can be used to adjust the training in the next four week cycle to address any limitations.

Coaching Points

When coaching the throws with young athletes focus on the following points:
  • Safety first 
  • Low to high 
  • Slow to fast 
  • Hips before arms 
  • Year Training Program
The plan is based on three training sessions per week with the major competition being in phase 5. The duration of each phase could be as follows:
  • Phase 1 - 16 weeks 
  • Phase 2 - 8 weeks 
  • Phase 3 - 8 weeks 
  • Phase 4 - 8 weeks 
  • Phase 5 - 8 weeks 
  • Phase 6 - 4 weeks 

Selasa, 25 April 2017

Jumps Training



The objective of this page is to provide some suggested programs for young or inexperienced athletes developing their technique and knowledge of long jump, high jump, triple jump and the pole vault.

Before You Start 
Prior to starting any training, it is recommended you have a medical examination to ensure it is safe for you to do so. Any application of this training program is at the athlete's own discretion and risk.

Overview 
The seasons training program is based on the six phases detailed on my Planning page where each phase comprises of a repeated four week plan. The workload in the first three weeks of the plan should increase each week (easy, medium, hard) and the 4th week comprise of active recovery and evaluation tests to monitor training progress. The aim of the 4 week cycle is to build the athlete up to a level of fitness (3 weeks), allow a recovery (1 week), build you up to higher level of fitness, allow a recovery and so on. Remember a plan is athlete specific and the results of the tests in the 4th week can be used to adjust the training in the next four week cycle to address any limitations. 

Khamis, 13 April 2017

Sprint Training


The objective of this page is to provide some suggested programs for young or inexperienced athletes developing their technique and knowledge of the 100 metres, 200 metres, 400 metres and the sprint hurdle events.

Before You Start
Prior to starting any training, it is recommended you have a medical examination to ensure it is safe for you to do so. Any application of this training program is at the athlete's own discretion and risk.

Overview
The seasons training program is based on the six phases detailed on my Planning page where each phase comprises of a repeated four week plan. The workload in the first three weeks of the plan should increase each week (easy, medium, hard) and the 4th week comprise of active recovery and evaluation tests to monitor training progress. The aim of the 4 week cycle is to build the athlete up to a level of fitness (3 weeks), allow a recovery (1 week), build you up to higher level of fitness, allow a recovery and so on. Remember a plan is athlete specific and the results of the tests in the 4th week can be used to adjust the training in the next four week cycle to address any limitations.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...